Mahkamah | Bicara kes rasuah Ahmad Zahid ditangguh tahun depan

2022-11-02 0

Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah melapangkan tarikh pendengaran itu hari ini dan esok serta 9 dan 10 November selepas peguam utama Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu.

Dan hakim menetapkan 21 hari untuk perbicaraan.

Free Traffic Exchange